Wednesday, January 19, 2011

Petua Menghindari Penyakit Jantung

Salam...

Hari ni saya nak berkongsi satu petua yang diperoleh dari sumber internet mengenai 'PETUA MENGHINDAR PENYAKIT JANTUNG'.. Saya rasa berminat nak berkongsi tentang petua ini kerana semenjak akhir-akhir ni, banyak kes kematian mengejut yang membabitkan insan seni dan orang-orang yang dikenali yang disebabkan oleh 'Penyakit Jantung'..


Kalau dulu,penyakit ni lebih cenderung menyerang orang tua-tua dan itupun kemungkinan disebabkan oleh cara pemakanan yang kurang sempurna atau mungkin juga disebabkan oleh faktor merokok dalam tempoh jangkamasa yang panjang..


Tapi sekarang ni, penyakit ni seolah-olah tak mengira mangsa dan sesiapa saja BERISIKO untuk menghidapi penyakit ini lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang mengamalkan corak pemakanan yang kurang berkhasiat (especially yang berminyak dan berlemak), kegemukan atau obesiti, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan malas bersenam, serta beberapa faktor lain yang menyumbang kepada penyakit yang boleh membawa maut ini...


So, kita perlulah berusaha untuk menghindari daripada risiko penyakit ini dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat dan kalau boleh sebagai tambahan, amalkanlah petua yang berguna yang dikatakan boleh menghindari kita daripada terkena serangan penyakit ini...Sekurang-kurangnya kita dah berusaha dan mencuba.....


PETUA MENGHINDARI PENYAKIT JANTUNG
 

Antara petuanya adalah dengan mengamalkan kacang walnut....


Kacang walnut kaya dengan vitamin B6 yang penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, perseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.Ia juga kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folic yang penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.


Kandungan kalorinya lebih rendah daripada yang terdapat pada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada yang terdapat pada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.


Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh mengurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus memanjangkan usia. Rahsianya? kacang walnut mengandungi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antipengoksida yang
melindungi jantung, sekali gus menghidarkan serangan sakit jantung.


Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.




p/s : InsyaALLAH saya akan cuba mencari seberapa banyak petua lagi untuk dimuatkan dalam catatan tentang penyakit merbahaya ini...selamat mencuba..







No comments:

Post a Comment