Thursday, January 20, 2011

10 PERKARA YANG SIA-SIA


Kehidupan manusia pada zaman ini memang terlalu banyak digunakan kearah perkara yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain...lebih-lebih lagi bila dah ada banyak kemudahan internet dan juga laman sosial seperti facebook dan sebagainya..


Tak dinafikan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkannya kejalan yang baik ..namun, kebanyakannya pengguna lain hanyalah melakukan perkara yang sia-sia dalam keadaan sedar tak sedar...malah ia turut mengundang lebih banyak dosa dengan membuat penyebaran fitnah secara terbuka dan terang terangan serta dengan bangganya menunjukkan gambar-gambar peribadi mereka yang tidak sepatutnya dan agak memalukan kepada khalayak..


Itu hanyalah serpihan perkara yang melibatkan tentang perkara yang sia-sia..Namun petikan ini ingin memfokuskan tentang perkara sia-sia yang dilakukan dalam pelbagai sudut mengikut pendapat seorang hadis ulama yang terkenal...




Menurut SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, beliau menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.

7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumah. 

No comments:

Post a Comment