Friday, May 20, 2011

Lelaki Muslim Idaman Isteri.....

LELAKI IDAMAN

Seorang lelaki yang diidamkan..........
Adakah seorang buta,bisu, bakhil dan papa?

Biarlah..........biarlah lelaki idaman itu seorang yang buta...,
Dia buta.., Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha....,
Buta juga kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..,
Asalkan......, kedua2 matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.....
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya....


Lelaki idaman ini juga...
Biarlah dia seorang bisu.........
Bisu...., Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran,
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
Dan lantang menyuarakan kebenaran.......


Lelaki yang diidamkan ialah...... seorang yg bakhil.....
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman,
Pada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya...
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya...
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya,
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH.......
Kembali megah di muka bumi......


Lelaki yang diidamkan adalah seorang yang papa....,
Papa....., Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat,
Papa memiliki akhlak mazmumah,
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan........
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia...
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya...
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri,
Dia mahu menjadi seorang syuhada,
Yang syahid di jalan Maha Esa.....


Namun persoalannya…
Masih adakah lelaki idaman itu?





Pesanan Buat Lelaki

Wahai insan yang bernama lelaki.., terciptanya dirimu sebagai khalifah dimuka bumi ini bukanlah sekadar hanya pada nama....
namun dirimu  sebenarnya menggalas satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar.....

Lelaki bukan hanya pada nama....,
namun....,lelaki adalah insan istimewa ciptaanNYA yang telah dikurniakan kekuatan fizikal dan mental, kebijaksanaan akal fikiran, dan kelebihan dan kehebatan yang mampu menggoncang dunia.......

Wahai insan yang bernama lelaki......,
Dirimu adalah seorang pemimpin yang terbaik untuk keluargamu, 
Dirimu jualah pemimpin untuk membawa keluargamu mentaati-NYA, dengan menggunakan kebijaksanaan, kelembutan dan kesabaranmu mendidik mereka....

dan akhirnya akan lahirlah isteri dan zuriat-mu serta keturunanmu mudah-mudahan yang berjaya di dunia dan akhirat, berkat kebijaksanaanmu sebagai seorang lelaki...
dari sebuah keluarga yang berjayalah , maka lahirnya masyarakat dan umat yang berjaya.....didiklah dari keluargamu sebaik-baiknya.....

Wahai lelaki,
teruskanlah usahamu, tekadkan dalam hatimu....,
gunakanlah kebijaksaanmu,
lembutkanlah hati dan budi bicaramu...
supaya kata-katamu akan meresap kasih dijiwa isteri dan anak-anakmu...
buangkanlah segala egomu yang hanya memakan diri.....
demi kebahagiaan akhirat yang akan dikau temui...

Sesungguhnya...
Dikaulah seorang bergelar lelaki, yang patuh pada agamamu...
Dirimulah pemangkin kebahagiaan buat isteri dan zuriatmu..
dirimulah yang akan membawa sinar perubahan untuk keluargamu...
serta sinar untuk kebahagiaan dunia dan akhirat yang dikau cari-cari selama ini........