Sunday, January 16, 2011

Azam Tahun Baru






Syukur kehadrat illahi kerana masih diberikan nikmat hidup dan kesempatan untuk kita menjalani hidup didunia ini walaupun tahun baru silih berganti...

Tahun baru 1432 Hijrah telah membuka tirainya dan sebagai umat islam,sewajarnya kita harus memiliki azam dan keinginan yang tinggi untuk berusaha dengan lebih gigih untuk memperbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunat sebagai bekalan untuk diri kita kelak... seterusnya menjadi hamba ALLAH S.W.T yang penuh beriman dan bertaqwa.. Amin...

Dengan kesempatan hidup ini, kita harus bersyukur kerana ALLAH S.W.T masih mengurniakan kita masa berharga iaitu pintu untuk bertaubat dan ruang untuk kita meninggalkan segala apa yang dilarang,kerana semua godaan itu ternyata hanyalah sesuatu yang sia-sia sahaja...Dengan itu,sempena tahun baru 1432 Hijrah ini, gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN dan menjadi hamba ALLAH S.W.T yang SEJATI...mudah-mudahan kita akan menjadi penghuni syurga di akhirat kelak..Amin Ya Rabbal-'Alamin...




No comments:

Post a Comment